Ada
20 keistimewaan pada kaum perempuan yang seharusnya diketahui kemudian
disyukuri oleh mereka. Dengan keistimewaan ini , Allah SWT dan nabiNya SAW
berserta para malaikat mengagungkan mereka.
1. Doa perempuan
lebih makbul dari pada laki-laki karena sifat penyayang mereka lebih kuat dari
laki-laki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, baginda SAW
menjawab,
“Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah
lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
6. Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.
7. Barangsiapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis karena takut kepada Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang membuat senang anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
9. Tiap perempuan
yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
11.
Satu
perempuanyang solehah lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah
berkata,
“Aku
bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
perempuan?
Jawab
rasulullah, “Suaminya”.
“Siapa
pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab
Rasulullah, “Ibunya”.
13.
Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu
lebih dahulu.
14.
Perempuan
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selagi dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.
Perempuan
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan ditutup pintu-pintu neraka baginya dan
dibukakan pintu-pintu syurga untuknya. Masuklah dia kedalam surga dari pintu
yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16.
Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
17.
Perempuan
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam
syurga.
18.
Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Dari
Aisyah r.a, “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.”
20.
Didalam
kitab suci Al-Qur’an terdapat surat dengan nama an-Nisa yang artinya para
wanita tetapi tidak didapati surat dengan nama ar-Rijal (laki-laki). Setiap
kata yang tersemat didalam kitab suci al-Qur’an (apalagi sub-induknya alias
judul surat) mengandung pengertian yang agung, sesuatu hal yang besar dan harus
mendapat perhatian dari para makhluk
Subhanallah, sungguh Islam sangat memuliakan perempuan. Tinggal perempuannya yang memilih, ingin tetap berada di posisi mulia atau tidak.
Sumber : FP Menata Akhlak on FB
Sumber : FP Menata Akhlak on FB
0 comments:
Post a Comment